Followers

Friday, June 14, 2013

Senyumlah Wahai Hati yang Bersedih


Saat kita didatangi ujian dan rintangan, hati mula menangis tanpa henti.. Ya Allah..semua ini terasa terlalu berat untuk ditanggung.. Cuba juga untuk melupakan.. Tapi kesedihan itu datang jua tanpa diundang.. Air mata mula membasahi pipi..

 Wahai hati-hati yang bersedih, begitulah kehidupan di dunia ini.. Tidak semuanya indah.. Kita sendiri tak menjangka perkara itu akan terjadi kepada kita.. Semuanya telah diatur oleh Allah.. Bersabar lah dan teruskan kehidupan mu.. Ingatlah yang Alllah ada bersama kita.. Senyumlah dan redha menerima takdirmu itu..Air mata tangisanmu kerana merasa kerdil kepada Allah lebih berharga.. 


Wahai hamba Allah, semua gambar-gambar yang kau lihat dan pandang, segala yang kau dengar dan tangisi, simpanlah jadikan pedoman.. Supaya harimu esok lebih bermakna tanpa kesedihan hari ini..
 
Bersedihla jika iman kita berkurang.. Bersedihlah jika kita banyak melakukan dosa-dosa kepada Allah.. Setiap ujian,dugaan merupakan salah satu tanda Allah sayangkan hambaNya. Allah mahu hambaNya mendekatkan diri kepadaNya, memohon, merintih.. Semoga kita sentiasa berada dalam kasih dan sayangNya.. Insya-Allah.. amin

*menulis entry ini sambil senyum (T-T)

2 comments:

anajingga said...

hidup penuh ujian kerana ganjaran akhirat yang amat besar dan kekal..satu coretan yang sangat manis..tq sarah..

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.614
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog