Followers

Thursday, August 18, 2011

Makanan Penentu Mustajabnya Doa

Makanan memberi kesan kepada sikap, tabiat, tingkah laku, pemikiran, minda, kesihatan, kecantikan, saiz dan sebagainya.

Islam meminta supaya manusia memakan sesuatu yang halal lagi baik (rujuk al-Baqarah ayat 57, al A'raf ayat 160 dan Taha ayat 81).

Sebagai contoh, firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata (al-Baqarah: 168).

Allah SWT berfirman dalam ayat lain yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beriman (al-Baqarah: 172).

Dalam surah al Maidah ayat 88 Allah SWT menegaskan bahawa pengambilan makanan dan minuman yang baik adalah tanda keimanan seseorang.

Terdapat juga beberapa hadis yang menjelaskan kelebihan memakan makanan yang halal antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka nerakalah yang layak baginya (riwayat Tabrani)."

Dalam hadis lain, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Baguskanlah pemakanan kamu nescaya Allah akan perkenan permintaan kamu (riwayat Tabrani)."

Islam telah memberi panduan mengenai makanan yang halal dan haram. Rasulullah SAW bersabda di dalam suatu hadis yang bermaksud: Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang syubhat (ragu-ragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara syubhat, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya. (riwayat Imam al-Bukhari)

Artikel Dari : MyAdha

5 comments:

GKA said...

GKA setuju sg

ABC said...

perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas..^_^

Abang Long said...

Salam...info yg bermanafaat. Tambahan, doa yg tidak dimakbulkan tidak semestinya berpunca kerana termakan makanan yg tidak baik (atau tidak halal) tetapi mungkin permintaan tsb melebihi keperluan. Tuhan mungkin tidak memberikan segala yg kita minta tetapi memberi apa yg kita perlukan.

aiNa yaZiD said...

nice entry~! Setuju2...dr makanan ia akan jadi seketul dging. perkara halal dan haram itu jelas. =)

Udin said...

Thanks for visiting my blog ^^