Followers

Wednesday, June 15, 2011

Malam Aspirasi Permas

hahaha..setelah 4 semester aku menjadi mahasiswa syariah..ni la kali pertama aku pergi ke perjumpaan PERMAS (Persatuan Mahasiswa Syariah)..aku duk tengok orang..ye la..ni la masanya aku nak kenal mahasiswa-mahasiswa syariah semester lain..dsyt x..hehe..pape pon malam aspirasi ni memang best..ustaz2 banyak bagi sokongan dan dorongan..aku akan sokong persatuan ni sampai ke akhir..ustaz2 kuis memang best..yang paling aku suke bile diorang ckp ada dalil..memang salute la..perjumpaan ini diadakan di Auditorium Akademi Islam KUIS..jam 2100 hingga 2300 pada 14 jun 2011..

malam ini 15 jun 2011 aku nak pergi GEMPITA plak..hehe..Gagasan Mahasiswa Islam zon Tengah..yang mewakili  Negeri Perak,Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur..sape yang dah daftar 2,malam ni kita jumpa k..semua aku nk join..hehe..dlm yuran kn dah byr untuk aktiviti..membazir la klu xaktif kn..(alasan je ni)..k la..lapar..nak makan..lalalalala~ =P


Berfikir Sebelum Cakap

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Peringatan untuk diri aku dan kawan-kawan jgk..please..fikir dlu sebelum cakap..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.. :(

Tuesday, June 14, 2011

template baru blog aku..

hari ini aku try nk tukar template..memang mencabar kesabaran..hasilnya, itu je la..rehat dulu untuk hari ini..sambung esok plak..macam-macam lagi nak tambah..hehe..enjoy..



Friday, June 3, 2011

Kenangan Dulu Datang Kembali

    Ya Allah..kuatkan hati ku dlm menempuh segala ujian Mu..aku pasrah dan redha dalam ketentuan Mu ini..kenangan 9 tahun lepas terasa lagi..mengalir air mata seperti air hujan membasahi bumi..dalam hati ku ini hanya Allah yang tahu..23hb ogos 2002 iaitu hari jumaat(2 hari selepas hari jadi ku)..aku ke Sk Asam Kumbang untuk rehersal nyanyian hari kemerdekaan pada jam 1430..hari itu hatiku rasa tak tenang..seakan-akan petanda buruk yang bakal berlaku..jantung berdengup kencang..kaki bergerak pantas..hujan renyai-renyai..aku hanya mampu tersenyum bersama rakan-rakan yang lain..selesainya latihan itu,aku bergegas pulang..aku dapat rasakan sesuatu yang buruk..


   Dalam perjalanan pulang itu, aku terserempak dengan seorang rakan sekolah ku yang lain..dia juga adalah jiran terdekat ku..die menahan basikal yang ku bawa..dia cuba untuk memberitahu sesuatu..tapi mungkin disebabkan rasa simpati,terkejut dan sedih..dia hanya suruh aku pulang dan melihat sendiri..aku terus menangis apabila dia selesai berkata..hati hiba..Ya Allah..adakah masanya sudah tiba..aku mengayuh basikal dengan pantas..air mata mengalir laju..orang disekeliling ku hanya memandang..aku tidak peduli lagi..aku teruskan perjalanan..sesampainya aku di rumah..aku melihat rumahku dipenuhi orang..Ya Allah..kaki dan badanku lemah..aku terus masuk ke rumah..ku lihat sekujur tubuh lemah berbaring di atas katil bujang di ruang tamu..ku tatap wajahnya..innalillahiwainnailaihirojiun..aku terduduk di sebelah ayahku..aku bertanya kepada mak..apa yang dah terjadi..mak hanya berdiam diri..kakak,abang,adik...ayah susah pergi tinggalkan kita..aku susah dapat rasakannya awal-awal lagi..inilah petanda itu..ayah pergi pada jam 1625..aku tiada di sisinya..sedikit hampa..sesudah magrib,ayahku dimandikan,dikafankan dan disolatkan..ku kucup dahinya buat kali terakhir..dan hari itulah juga hari terakhir ku lihat wajahnya..ayahku senyum..


   Setibanya di tanah perkuburan, ku lihat ramai yang sudah menunggu..terdengar mereka berkata "xsempat nak tgk wajah arwah buat kali terakhir kerana sudah dikafankan"..air mata mengalir lagi..aku hanya berdiam..abangku menolong pakcik di situ menggali kubur..kerana sudah tengah malam, tanah perkuburan disitu hanya diterangi cahaya bulan dan lampu kereta..ayahku dikebumikan di kg nya di Bruas,Perak atas kehendaknya..dia sudah memberitahunya awal-awal lagi iaitu semasa dia masih sakit..selesainya perkebumian itu kami sekeluarga pulang ke rumah..seakan-akan sunyi rumah tanpa kehadirannya lagi..emak,kakak dan abang mengalami saat yang sukar ketika itu..terima kasih ku ucapkan atas kebaikan dan pertolongan yang telah kalian berikan..susah senang kita harungi bersama ketika itu..ayahku juga telah berpesan kepada ku sebelum dia pergi.."aa bila dah besar nanti jadi ustazah tau"..kata-katanya itu semakin hari semakin kuat ku dengari..aku akur..aku cuba tunaikan hasratnya yang terakhir itu walaupun jiwa ku ini memberontak untuk mengambil bidang lain..sebab tu tercampak kt KUIS..alhamdulilah..mungkin disebabkan ku dengari kata-kata mereka itu..keputusan ku boleh dikatakan cemerlang..semester 1 aku telah dapat 3.45..semester 2 - 3.73 dan semeter 3 - 3.65..


   Ku harap semester ini aku boleh mencapai 4.00..insya Allah..saya sayang ayah..saya sayang mak..saya sayang kakak,abang dan adik..much2 love..semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah..